Kelas Multimedia (Gambar Collages)

28 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 27 April 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Gambar Collages’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingg 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara menyediakan gambar collages menggunakan aplikasi yang telah disediakan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan satu-persatu kegunaan butang yang terdapat pada aplikasi www.photocollage.com seperti butang collage, fail, menambah gambar, menambah ayat, auto collage dan templat collage. Kemudian, setiap peserta diajar cara-cara untuk menukar latar belakang gambar, menambah gambar, memuat naik gambar dari internet, menyusun gambar, menambah ayat pada gambar serta memilih templat collage yang sesuai bagi gambar yang dipilih. Selepas itu, peserta dikehendaki menyiapkan gambar collage masing-masing.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali